Taksonomi Pitta (genus)

Genus Pitta telah disusun oleh ahli ornitologi Perancis Louis Jean Pierre Vieillot pada tahun 1816.[4] Pada tahun 1855, seorang ahli ornitologi Inggeirs George Robert Gray telah menandakan spesies sejenis sebagai Corvus triostegus Sparrman. Ini merupakan satu sinonim junior untuk Corvus brachyura Linnaeus, Pacat India.[5][6] Perkataan Pitta berasal daripada bahasa Telugu yang bermakdus "cantik", "bauble" atau "haiwan kesayangan".[7]

Genus ini mengandungi 14 spesies, yang bertaburan dari Afrika, melalui selatan, timur dan tenggara Asia, New Guinea, Kepulauan Solomon dan Australia.[8] Dahulunya ia merupakan genus tunggal dalam keluarga dengan 31 spesies.[1] Bagaimanapun, selepas satu kajian pada tahun 2006, beberapa spesies telah dipindahkan kepada dua genera baharu, Erythropitta dan Hydrornis. Bagaimanapun, kesemua anggota keluarga ini terus dikenali sebagai "pitta".[2]

Rujukan

WikiPedia: Pitta (genus) //doi.org/10.1111%2Fj.1463-6409.2006.00249.x http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=143... http://www.worldbirdnames.org/bow/nz_wrens/ http://www.nrm.se/download/18.72ab64ef10e51a5c8f48... https://www.hbw.com/dictionary/definition/pitta https://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k9745205x/f4... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://gd.eppo.int/taxon/1PITTG https://animaldiversity.org/accounts/Pitta/